Wednesday 14 December 2011

Selepas Utusan Malaysia mendedahkan mengenai masalah air di Kelantan yang tercemar, hari ini Gerakan Selamatkan Kelantan (Gasak) tampil dengan dakwaan wujud salah urus tadbir dalam pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) yang menyebabkan bekalan air gagal disalurkan dengan baik.
Presiden Gasak, Nor Azli Ahmad mendakwa, masalah itu disedari oleh kepimpinan Kerajaan Pas Kelantan selepas surat terbuka mengenai perkara itu diedarkan secara meluas pada pertengahan 2010.
Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil, malah beberapa projek yang dilaksanakan sebelum ini tidak memberi impak yang besar kepada rakyat.
"Perkara ini telah didedahkan dalam sebuah laman blog, kelatekito.net semalam.
"Sebagai contoh, kita minta kepada AKSB supaya menjelaskan keadaan projek air tidak terhasil (NRW) yang menelan belanja RM130 juta dan siap sepenuhnya pada Ogos lepas.
"Projek NRW tidak perlu menunggu lama untuk melihat impaknya dan Gasak difahamkan berdasarkan kontrak NRW dapat dikurangkan sehingga 35 peratus daripada 48 peratus sebaik sahaja projek itu selesai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Pertengahan bulan lepas, Utusan Malaysia menyiarkan laporan khas berkaitan kualiti air di Kelantan yang dicemari logam-logam berat berbahaya.
Kandungan logam-logam seperti arsenik, besi dan mangan serta bakteria ditemui menerusi ujian makmal Kementerian Kesihatan dari 2008 hingga 2010 dan juga uji kaji yang dijalankan sendiri pihak Utusan Malaysia di makmal bertauliah swasta baru-baru ini.
Bekalan air bersih merupakan masalah utama bagi rakyat negeri ini sejak 1990, sehingga penduduk terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membina telaga tiub, membeli alat penyedut air dan tangki tambahan.
Nor Azli berkata, pencemaran mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan masalah pengurusan dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu.
"Kita minta masalah diselesaikan secepat mungkin sekiranya tidak mahu perkara ini dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Gasak tidak memberi amaran kosong dan kita akan mendedahkan beberapa dokumen penting mengenai masalah dalaman AKSB sekiranya keadaan mendesak," katanya

Gasak dakwa wujud salah urus tadbir dalam AKSB

TANAHKU TANAHMU JUA????

Isu tanah di Kelantan makin hangat di perkatakan... dari tanah di Gua Musang melarat n merebak seperti wabak yang merbahaya.... Zalim sangatkah pemerintahan ala-ala diktator ni...hai kata pemerintahan ala-ala serambi mekah..tak baik tau merampas tanah orang...Allah marah tau!!!! Hukuman apa agak-agaknya yang akan dikenakan dalam hukum hudud jika kita merampas tanah orang???

Monday 14 November 2011

Tadah Air Hujan La Jawapnya...


    MASALAH AIR DI NEGERI KELANTAN

                   Air adalah keperluan asas untuk kehidupan harian. Di negeri Kelantan mempunyai sumber air yang banyak akan tetapi masalah berkalan air adalah satu masalah yang besar di Kelantan. Pembangunan infrastratur bekalan air telah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Namun masih mempunyai masalah, kerajaan Pas yang mentadbir negeri Kelantan tiga puluh tahun lebih bermula 1959-1978 ,Sembilan belas tahun dalam fasal pertama pentadbirannya di negeri Kelantan, pemerintahan kerajaan Pas di dalam fasal kedua dari tahun 1990-2011 selama 21 tahun, tidak banyak perubahan di dalam perlaksanaan projek air bersih di Kelantan selain daripada projek yang dilaksanakan Barisan Nasional dari tahun 1978-1990. 

                   Dari masa dahulu sehingga kini masalah bekalan air bersih dan bekalan air biasa masih berterusan dan berlarutan seperti mana di laporkan oleh akhbar tempatan di merata tempat di negeri Kelantan. Ini jelas menunjukkan dan membuktikan bahawasanya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pas tidak mampu menyediakan bekalan air bersih di seluruh negeri Kelantan. Ini di akui sendiri oleh menteri besar Kelantan mereka hanya dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih dalam belasan tahun akan datang. Kepercayaan rakyat yang diberikan kepada kerajaan negeri melalui pilihan raya tidak dilaksanakan seperti mana amanah yang diberikan. Sudah tiba masanya di dalam pilihan raya yang akan datang iaitu pilihan raya ke13 rakyat harus memberi kepercayaan dan sokongan kepada kerajaan yang dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih. Kita percaya kerajaan Barisan Nasional yang diterajui oleh Umno mampu menyelesaikan masalah bekalan air sekiranya rakyat Kelantan memberi mandat kepada karajaan Barisan Nasional untuk mentadbir dan ini terbukti serta ternyata di negeri-negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional tidak mempunyai masalah besar dalam pengurusan bekalan air bersih.

                 Sehubungan ini rakyat Kelantan harus sedar bertapa penting nya undi mereka demi kebaikan dan manfaat kepada mereka sendiri sebagai rakyat di negeri Kelantan.